Friday, April 25, 2014

KUALA LUMPUR


PASAR SENI

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, beberapa minit dari Jalan Petaling, Pasar Seni adalah mercu tanda terkenal bagi budaya dan warisan penduduk Malaysia.

Bangunan ini dibina pada tahun 1888 dan berfungsi sebagai pasar basah pada mulanya. Sejak daripada itu ia telah dijadikan Tapak Warisan. 

Pengunjung membanjiri Pasar Seni untuk pelbagai jenis kraftangan, seni, kebaya, songket, batik dan cenderahati autentik Malaysia. Sebuah Emporium Batik yang menjual barangan batik buatan pereka terkenal, barangan batik buatan Malaysia dari baju, kasut, beg hingga ke perhiasan rumah.

Pentas Luar Pasar Seni adalah tempat di mana pengunjung boleh melihat seni berwarna-warni dan acara kebudayaan. Semasa festival utama negara ini berlangsung, kawasan ini akan dihiasi indah berwarna-warni, memaparkan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia.






No comments:

Post a Comment