Saturday, April 26, 2014

Kecemerlangan Malaysia dalam Bidang Sukan















BADMINTON

DATUK LEE CHONG WEI







Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar "Pemain Badminton No.1 di Dunia" dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.


BIODATA

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun usianya masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.

Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau bberjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.




     

Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.

KEJAYAAN & PENCAPAIAN 





·  2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
·  2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
·  2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
·  2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
·  Juara Komanwel 1998


·  Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008.


SKUASY

DATUK NICOL ANN DAVID

                                       


Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.

Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

KEHIDUPAN PERIBADI

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang. Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

ANUGERAH DAN PENGHORMATAN

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang, pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya. Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham. Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.

Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.


Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004, di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



TERJUN DAN RENANG
PANDELELA RINONG



Pandelela Rinong anak Pamg (lahir Mac 2, 1993) adalah atlit Malaysia bagi acara terjun dan renang. Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.

LATAR BELAKANG

Beliau mempunyai ketinggian 5'3" dan mempunyai berat 52kg. Beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau. Beliau berketurunan Bidayuh, kaum bumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Suka Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

KERJAYA

Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009, beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee. Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.

Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia pada sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter.

Pada 2010 di New Delhi, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik terjunan 10 meter.

Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.




BRYAN NICKSON LOMAS



Bryan Nickson Lomas (lahir 30 Jun 1990) di Kuching, Sarawak adalah penyelam Malaysia. Beliau menjadi juara dunia penyelam junior negara selepas memenangi pingat emas dalam acara terjunan 3 meter di Kejohanan Junior Dunia yang diadakan di Belem, Brazil pada tahun 2004. Dia dilatih di bawah bimbingan Yang Zhuliang. Beliau dinamakan Lomas sempena pemain bola sepak, Bryan Robson oleh bapanya.

KERJAYA

Lomas ialah atlet kedua termuda untuk bersaing dalam Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece dan merupakan pembawa bendera Malaysia pada majlis pembukaan. Beliau bersaing dalam acara terjunan 10 meter platform dan dengan mata 407.13, dia menyelesaikan acara tersebut pada spot ke-19.

Pada tahun 2005, Lomas telah memenangi pingat emas untuk acara terjunan 10 meter platform dan pingat perak bagi acara terjunan 10 meter platform bersama James Sandayud di Sukan SEA yang diadakan di Filipina.

Lomas mewakili Malaysia dalam acara menyelam pada tahun 2007 dalam World Aquatic Championships yang diadakan di Melbourne, Australia. Beliau menyertai acara platfrom 10 meter dan mendapat tempat ketujuh dalam kedudukan terakhir dengan pungutan mata sebanyak 469.25. 

Pada tahun 2006, bersama-sama dengan Lomas, rakan seperjuangannya, James Sandayud telah menyertai acara platform 10 meter dan memenangi pingat perak dalam Sukan Komanwel di Melbourne, Australia. Beliau menduduki tempat ke-9 di peringkat akhir dalam acara 10 meter platform dalam Sukan Asia 2005 yang diadakan di Doha, Qatar.

Lomas bertanding dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China untuk melayakkan diri ke acara 10 meter platorm selepas mendapat tempat ke-7 dalam World Aquatic Championship 2007. Lomas hanya memperolehi pungutan mata sebanyak 384.35 dan telah disingkirkan di peringkat awal.

Pada Disember 2009, Lomas memenangi pingat emas bagi kedua-dua acara 10 meter platform dan 3 meter platform dengan rakannya, Yeoh Ken Nee.

Dalam Sukan Komanwel 2010 yang diadakan di Delhi, India, beliau memenangi pingat gangsa bagi acara 10 meter platform. Lomas bertanding lagi dalam Sukan Asia 2010 yang diadakan di Guangzhou, China dan berjaya memenangi pingat perak dan pingat gangsa.

Dalam Kejohanan Dunia Akuatik 2011, Lomas bertanding dalam acara 3 meter menyelam dan 10 meter platform. Dia telah menduduki tempat ke-11 dalam perlawanan akhir dan hanya mendapat tempat ke-24 keseluruhan.

Lomas dan Huang Qiang telah mendapat pingat gangsa dalam acara 3 meter platform dalam Piala Dunia FINA Menyelam 2012 yang diadakan di London, United Kingdom.



PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

                                    

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.

Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.

Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Mohd Safee Mohd Sali dianggap oleh masyarakat Malaysia sebagai penyerang terbaik.

Di dalam Ranking Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia and Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.

Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka.

Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah di antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.

KEPUTUSAN TERBAIK MALAYSIA DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

Malaysia 1-1 England England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahar

Malaysia 2-0 Arsenal England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)

Malaysia 2-4 England England (Tahun 1993, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Matlan Marjan)

Malaysia 2-3 Manchester United England (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Amri Yahyah)


Malaysia 1-0 Korea Selatan Korea Selatan (Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Safiq Rahim)




BOWLING
SHALIN ZULKIFLI



Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978 di London, England) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional berbangsa Malaysia dan bekas Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Shalin lahir di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an. Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.

Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.


BOLA JARING
PERSATUAN BOLA JARING MALAYSIA



1891 Dr. James Naismith - berbangsa Kanada mencipta sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Bola Jaring (asalnya dikenali sebagai bola bakul / basket ball) dibawa ke England oleh Dr. Tales dalam tahun 1895.

1987 Dimainkan atas rumput

1926 Penubuhan Persatuan Bola Jaring England (AENA)

1957  Mesyuarat persetujuan mengenai undang - undang di London.

1960  Persekutuan Antarabangsa ditubuhkan di Ceylon (Sri Lanka)

SUKAN KOMANWEL

1990 - Dimasukkan sebagai sukan demontrasi di Auckland, New Zealand.

1998 - Kali pertama di Kuala Lumpur, Malaysia.

2002 - Kali kedua di Manchester, England.

2006 - Kali ketiga di Sydney, Australia.


2010 - Kali keempat di New Delhi, India.



HOKI
PASUKAN HOKI KEBANGSAAN MALAYSIA



Pasukan hoki kebangsaan Malaysia ialah pasukan hoki yang mewakili Malaysia di dalam pertandingan di seluruh dunia. Pasukan ini terdiri daripada para pemain hoki terbaik di Malaysia. berdasarkan ranking dunia terkini berkuatkuasa Ogos 2012, pasukan ini berada pada kedudukan ke-13 terbaik di dunia, dan ke-2 di Asia, oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Badan yang mentadbir pasukan ini adalah Persekutuan Hoki Malaysia.



MEMANAH
KHAIRUL ANUAR MOHAMMAD



Khairul Anuar Mohamad (lahir 22 September 1991, di Terengganu, Malaysia) adalah seorang pemanah Malaysia.  Beliau mula menyertai pasukan kebangsaan pada tahun 2011.

2011 FITA ARCHERY WORLD CUP

Khairul menyertai 2011 FITA Memanah Piala Dunia Peringkat 4 di Shanghai, China yang hanya merupakan kejohanan ketiga antarabangsanya. Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang pernah memenangi pingat pada majlis Piala Dunia individu apabila dia telah dikalahkan di peringkat akhir acara recurve individu lelaki oleh Amerika Joe Fanchin.

2011 Asian Archery Championships

Beliau adalah sebahagian daripada kontinjen Malaysia pada 2011 Asia Memanah Kejohanan di Tehran, Iran yang datang jauh dua pingat emas dan dua pingat perak. Khairul telah menyumbang ke arah kedua-dua pingat emas. Beliau mengalahkan Hideki Kikuchi Jepun 6-2 pada perlawanan akhir acara perseorangan lelaki dan merupakan sebahagian daripada pasukan Malaysia yang menewaskan China 187-184 pada perlawanan akhir acara berpasukan lelaki.

2012 Summer Olympics

Pada 2012 Sukan Olimpik beliau bertanding untuk negaranya dalam acara individu lelaki dan acara berpasukan Lelaki. Khairul berjaya ke peringkat suku akhir acara individu, di mana beliau telah ditahan oleh akhirnya perak-pemenang pingat Takaharu Furukawa dari Jepun, manakala pasukan Malaysia tersingkir pada pusingan pertama.




PELUMBA BASIKAL TREK
MOHD. AZIZULHASNI B. AWANG



Mohammad Azizul Hasni bin Awang (lahir 5 Januari 1988) adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Dia adalah pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia disebut Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.

Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal kerana menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.

LATAR BELAKANG

Azizul Hasni Awang dilahirkan di Dungun, Terengganu, kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum memindahkan ke Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil. Kini, Azizul melanjutkan pelajaran di Deakin University, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan. Azizul telah berkahwin dengan Athiah Ilyana bt Abd Samat pada 30 Januari 2010.


Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas dia mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat beliau dalam berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil

PENCAPAIAN

Antara pencapaian terbaik beliau tahun lepas termasuk emas acara keirin Siri Piala Dunia UCI 2 di Cali, Colombia (Disember), emas pada Sukan Asia, Guangzhou dalam acara yang sama serta dua emas dan satu perak pada kejohanan Trek Piala Asia ACC, Jepun (Jun).


-2004 3º in Commonwealth Youth Championships, Track, 1 km, Bendigo
-2006 1º in Asian Junior Games, Track, Sprint, Kuala Lumpur (MAS)
-2008 1º in Melbourne, Keirin (AUS)
-2009 1º in Beijing, Keirin (CHN)
-2009 2º in World Championship, Track, Sprint, Elite, Pruszkow
-2009 1º in Stage 3 Gran Caracol de Pista (COL)
-2009 1º in Stage 6 Gran Caracol de Pista (COL)
-2009 1º in Stage 7 Gran Caracol de Pista (COL)
-2009 2º in Stage 10 Gran Caracol de Pista (COL)
-2009 1º in General Classification Gran Caracol de Pista (COL)
-2010 1º in Beijing, Keirin (CHN)
-2010 2º in World Championship, Track, Keirin, Elite, København
-2010 12º in World Championship, Track, Sprint, Elite, København
-2010 3º in Commonwealth Games, Track, Team Sprint, Elite, Delhi
-2010 1º in Asian Games, Track, Keirin, Guangzhou
-2010 1º in Cali, Keirin (COL)

-2011 3º in Manchester, Keirin (GBR)

No comments:

Post a Comment