LEGOLAND
Taman tema Legoland Malaysia, adalah yang pertama di Asia dan terletak di Nusajaya, Johor. Ia terletak di kawasan seluas 76 ekar dan adalah taman teman keenam seumpamanya yang dibuka di dunia.
Taman tema Legoland yang dibina sebelum ini terletak di Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, Amerika Syarikat (1999), Jerman (2002) dan Florida, Syarikat (2005).
Legoland mempunyai lebih 40 tarikan yang dibina khusus untuk seisi keluarga. Antara tarikan yang terdapat di sini termasuk Miniland, di mana lebih 30 juta bongkah lego digunakan untuk membina monument terkenal dunia seperti Menara Kembar Petronas, Merlion, Taj Mahal, Candi Borobodur dan lain-lain.
Bangunan ini direka menggunakan bongkah lego dengan skala 1:20. Yang menariknya, anda boleh melihat karya ini ‘hidup’ dengan hanya menekan butang, dan menyaksikan kapal terbang, keretapi dan pejalan kaki bergerak! Tarikan lain di taman tema ini termasuk Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic.
Di taman tema tersebut, terdapat juga Menara Pemerhati, struktur tertinggi di Legoland Malaysia kira-kira 60 meter di atas tanah. Ini adalah juga menara pemerhati ketiga Legoland yang dibina di dunia, setelah menara yang sama dibina di Denmark dan Jerman.
Legoland benar-benar suatu taman teman yang menakjubkan dan sesuai dikunjungi seisi keluarga!
Enam belas
kilometer di luar pesisir pantai Mersing ialah Pulau Rawa. Pulau ini terkenal
kerana pasir yang memutih, pokok palma yang meninggi dan terumbu karang, berta
ikan berwarna neon dan hidupan marin yang eksotik.
Pulau yang
sunyi ini hanya mempunyai dua pilihan penginapan. Chalet kayu dibina di kawasan
dusun kelapa, yang sesuai dengan reputasi pulau ini sebagai tempat terpencil,
sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar.
Pulau Aur
Pulau di luar Mersing, bersama Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang, dikatakan antara destinasi menyelam terbaik di dalam Kawasan Taman Marin Johor. Air yang lebih dalam di sekitar kawasan ini memastikan keterlihatan yang bagus dan kepelbagaian hidupan marin. Pulau ini terkenal terutamanya dikalangan penyelam hujung minggu.
Kekayaan sumber alam juga menarik perhatian pemancing ke sini, berharap untuk mencuba nasib mereka dengan ikan mersuji atau ikan layar di luar pulau taman marin. Banyak kapal layar persendirian berlabuh di perairan tenang ini diantara Pulau Aur dan Pulau Dayang.
Terumbu karang utama terletak ke arah hujung selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian atas terumbu bermula kira-kira 12m dan cerun sedalam 25m, menjadikannya sesuai untuk menyelam.
No comments:
Post a Comment