Friday, April 25, 2014

Kecemerlangan Malaysia dalam bidang ekonomi






    Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.
   Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

     Setelah penjajahan British, pengamalan dasar pecah dan perintah telah diwujudkan untuk menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai peniaga. Ini telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang and mewujudkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawan luar bandar.

    Selepas kemerdekaan, Malaysia telah berjaya memajukan ekonomi dengan usaha berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan kecekalan. Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah keturunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010. Selain itu, bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada tahun 2010.

    Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada teknologi yang modern telah menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.


                                                            Menara Kembara Petronas




    Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.






No comments:

Post a Comment